Cilimuda

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail
User Rating: / 1
PoorBest 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua pengunjung blog Cilimuda – Pencetus Minda Pasca Merdeka.

 

Sejak dibina pada 10/10/2008, weblog ini telah melalui beberapa proses evolasi. Proses ini tercipta kerana cadangan yang diperolehi dari pengunjung-pengunjung setia yang lain.

 

Selain dari artikel dari CiliMerah dan CiliHijau, kami telah menampilkan bahan rencana dari sahabat pena yang lain, antaranya:

 

Kolumnis

Satu seksyen rencana dari beberapa penulis pena yang ada ketika ini. Anda juga boleh menyumbangkan artikel anda sendiri, asalkan ianya sesuai berdasarkan nilai-nilai masyarakat di Malaysia

 

Politic’s Today

Memaparkan rencana pilihan mengenai perihal scenario politik di Malaysia. Anda juga boleh menyumbang artikel anda, tidak kira mana haluan anda, asalkan tiada unsur fitnah yang nyata.

 

Permata Ilmu

Himpunan karya, berbentuk buku dan majalah dari penulis buku di Malaysia. Jika anda ialah penulis buku, anda boleh mewar-warkan hasil karya anda disini. Sila email maklumat lanjut karya anda di cili.muda [at] yahoo.com

 

Iklan

Untuk mengiklankan produk anda di weblog ini, sila hubungi email yang sama. Kami menawarkan pakej iklan yang sangat menarik, serendah RM10 sebulan

 

Ciri – ciri Baru Weblog

  1. Pilihan Variasi – anda boleh memilih variasi mengikut citarasa anda
  2. “Mood Selection” – Anda boleh menukar “mood” setiap seksyen
  3. “Minimise Tray” – Anda boleh meminimakan setiap seksyen mengikut keperluan anda
  4. “Private Message” – Anda boleh menikmati modul mesej peribadi (hanya untuk pengunjung yang telah mendaftar)
  5. Komen – Kami telah menaik tarafkan modul komen supaya lebih menarik, komen hanya boleh digunakan pada pengunjung yang telah mendaftar sahaja (Anda diminta menjaga tatasusila pada setiap komen yang anda berikan, bimbang ada pihak lain akan tersinggung dengan komen anda
 

      6.    KETUPAT – Ini ada “dropdown menu” untuk melihat artikel/rencana lepas berdasarkan seksyen

 

Jika ada kemusykilan dan cadangan, anda bole emailkan terus kepada kami dengan menggunakan email yang sama.Akhir sekali, kami amat-amat mengalu-alukan penyertaan anda pada setiap aktiviti dan artikel/rencana yang disiarkan.

 

 

Sekian Terima Kasih,

 

Selamat ber ”blogging”

 

Cilimuda    

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

Assalamualaikum

Blog ini dibina khas untuk meluahkan rasa dan perasaan dua warganegara muda Malaysia.

Cili Merah dan Cilimuda

Terima kasih kerana melawat laman sesawang kami dan maaf dipohon jika ada bahagian yang menyinggung perasaan sesetengah pihak

Kami tidak bertanggungjawab sekiranya ada komen-komen dari sahabat-sahabat yang lain, menyinggung perasaan yang lain juga

Kami mengharapkan agar blog ini dapat di kongsi dengan hati yang terbuka dan penuh berhemah

Di bina pada 10/10/2008

jika ada pertanyaan sila hubungi kami di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Sekian Terima Kasih

Ikhlas

Cili Merah dan Cilimuda

 

 

 

Sahabat Pengarang Pertama

Cili Merah

Hati CiliMuda (CM) berdebar-debar sebaik kaki CM melangkah bangunan lama dua tingkat di Jalan Chan Chow Lin Ketika perasaan CM bercampur baur, jari jemari CM digenggam erat. "Jangan risau, tak ada apa-apa lah," CiliHijau (CH) berbisik kepada CM.

Benar…. CM diterima bekerja. Tapi, CM ada satu masalah. CM tak pandai menulis! Dunia CM berubah, stress akibat story selalu kena bakul sampah. Tapi stress CM tak lama. 6 bulan saja. syukurlah…CM dah boleh karang cerita sampai pembaca meleleh air mata dan CM terima anugerah.

Kejayaan CM tidak datang begitu mudah namun syukur sekali lagi dalam apa-apa saja keadaan sekalipun CH akan setia bersama CM. sebab itu satu petang di Bangsar apabila CH ajak CM sama-sama curahkan idea dalam CILIMUDA, CM tak tolak. CM suka apatah lagi bekerja bersama CH.

Cilimerah (CM) tidak muda tetapi tidaklah begitu tua. Sedang-sedang.

70 peratus hidup CM habiskan dengan menulis - tulis apa-apa saja yang CM rasa nak tulis. Tidak ada kurangnya apabila orang muda ingin bersuara dan melontarkan idea. Adakalanya pandangan orang muda lebih bernas dan berasas. Orang muda ada prinsip tetapi mungkin kerana faktor usia, orang muda suka dahulukan orang tua-tua.

Cilimerah (CM)

ingin mengwakili suara orang muda sekaligus suara wanita. Dulu-dulu waktu CM jadi wartawan sebuah majalah terkenal tanahair,(bukan pencen tapi tukar angin)

CM selalu buat rencana tentang wanita. Seingat CM tidak banyak cerita yang membanggkan kaum wanita CM pernah tulis. semunya tentang cerita duka nestapa kaum hawa. kenapa agaknya?

CM ingin mengajak kaum hawa sama-sama berkongsi idea tentang masalah kaum wanita, Apa-apa sahaja, soal wanita boleh kita debatkan - sekian salam sayang dari CM

Cili Merah

 

Sahabat Pengarang Kedua

Cilimuda

Terlebih dahulu kawan nak bercerita serba sedikit perihal diri kawan dan apa rencana kawan untuk blog ini,

http://www.ceria.com.my

Mengenai kawan, sepanjang tempoh penulisan kita akan terus kenal mengenal satu sama lain secara lebih dekat, nanti dimuatkan semua disini jadi riwayat hidup kawan pulak. Jadi kita berkenalan mengikut arus, angin dan ketentuan Illahi.

Secara ringkas, kawan masih terlalu muda dalam agenda perkongsian pendapat. Umur baru setahun jagung jer. Bak kata orang-orang tua, anak kecil yang baru nak belajar nak kencing sendiri.

Kawan mungkin bukan manusia terbaik untuk berdebat perihal politik tempatan, mungkin tak cukup pengalaman untuk bersembang mengenai tawa dan tangis kehidupan masyarakat. Mungkin juga kawan akan tersalah arah bila berbicara mengenai Agama. Atau kawan tak cukup mengenali hati dan nulari anak-anak remaja sekarang untuk kawan bercakap bagi pihak mereka atau bercakap untuk mereka. Ekonomi dan pengurusan serta pentadbiran negara bagi kawan perkara yang teramat berat, tapi kawan akan cuba mengambil bahagian bercerita tentang itu disini, walaupun kawan bukanlah ahlinya.

Persoalan yang timbul, kenapa mahu menulis jika kurang ilmu di dada?

Seperti kata kawan tadi, anggap saja kawan seperti anak kecil tadi. Yang tak mengerti betapa besarnya dunia ini, tapi juga punya keperluan, kehendak dan pendapat sendiri. Mungkin apa yang dikeluarkan dari mulut sekecil ini sedikit pedas (atau manis, pahit, atau payau, atau rasa-rasa yang serupa sepertinya) tapi anggaplah ia kitaran hidup setiap manusia, yang bersifat baharu yang punya kehendak-kehendak baru mengikut peredaran waktu.

Untuk itu, kawan mahu pohon sepuluh jari meminta maaf jika apa yang bakal kawan sembang-sembangkan nanti menguris hati, anak kecil seperti saya, kakak-kakak, abang-abang, pakcik dan makcik serta otai-otai disana.

Harapan kawan serta dan mahluk tuhan yang paling ngam dengan kawan iaitu Cili Merah kita mampu menjana perbincangan dua hala yang positif, walaupun bukan untuk mengubah sistem dan cara yang semua sudah sedia maklum sekarang, tapi dapat untuk memuaskan hati, naluri dan minda kita, sekurang-kurang untuk KITA!!

Sekian Terima Kasih

Selamat ber"blogging"

Dari

Cilimuda

CiliMuda nama olo-olokan yang digunakan oleh Rosidi Bin Zainal. Sejarah silam mensyairkan beliau sebagai seorang nahoda IT dan telekominikasi mudah alih dibawah payung bahtera Shanco Rich, Ceria Technology dan Mobile Sense Sdn. Bhd. Kini beliau menjelma menjadi perunding dalam bidang yang sama serta bergiat aktif dalam aktiviti pembacaan bahan ilmiah berbentuk teknikal dan spritual. Sambil menambah dan menghabiskan harta pusaka berwajah ilmu yang dituba lebih 30 tahun dahulu, beliau juga kadang-kadang disumpah menjadi ahli perunding, pembangunan dan inprovisasi weblog. Gerbang sesawang www.ceria.com.my merupakan antara weblog yang beliau selenggarakan kini. Beliau boleh dicapai secara percuma di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dan This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . Hari ini beliau bertunggangan kerusi roda dan bertemankan komputer riba diatas perut bila berkedudukan 60 darjah atau pun Communicator bila berposisi 180 darjah. Esok? Hanya Tuhan Maha Perancang Agong yang tahu.

 

 

Mahu Melanggan? | Daftar | RSS | Twitter 

 

 



Langgan newsletter Cilimuda?



 

rosidi zainal zalelawati yusoff muhammad luqman hakeem nuraisya aalea nuremylea natasya

Komen Terbaru

Cintailah Islam Bukan Bercinta Dengan Lelaki Islam
The mortgage loans suppose to be very useful for guys, which would like to organize their own compan
Cintailah Islam Bukan Bercinta Dengan Lelaki Islam
Bagaimana kita nak percaya pada guru... sehari dua ni, ustaz pula buat hal... Aduhai...apalah nak ja
Stephen Hawking expected to recover
Hello friend, if you want see something interesting nothing . I hope that`s will fun you
Ibu Dituduh Gila Kerana Report Anak Diliwat
saya tumpang simpati dan sebak membaca kes ni..kudrat saya tidak sekuat mane untuk membantu puan ter

visitor

076337
Hari iniHari ini136
SemalamSemalam208
Minggu IniMinggu Ini1106
Bulan IniBulan Ini2277
SemuaSemua76337
IP Anda38Dot107Dot191Dot84
UNITED STATES
US
ga980114.gif